Powered By Blogger

ni namanyer selipar turun temurun

ni namanyer selipar turun temurun
selipar ni ayh aku yg bli...tp klu korg nk thu aku cme pkai selipar ni 1 kali jer tau,sbb saiz nyer yg bsar lbh dr kaki aku...he3...tp aku syg sgt selipar ni sbb byk kngan dgn aku tp skrg selipar ni joan ngn kak nurul jer yg slalu pkai..he3,aku telah jdkan selipar ni sbg trun mrun untk dorg

selipar dok peduli

selipar dok peduli
selipar ni...korang nak tau..memng ada kisahnya di sebalik...ni z(bukan nama sebenar) yang punya tau..selipar ni 'kakak' dia blikan..hehehhehe...memang bertuah z dapat 'kakak' cm tu..hehehe..pink lagi tu..aiyoo...

@@About We aLL@@

My photo
Johor Bahru,Sabah,Terengganu, Malaysia
- about kitorang..kitorang mmg kool-kool je...diam-diam sudah...

Monday, January 25, 2010

aSaL usUL s3LipaR konon-kononnyer la....

yeke!!!




Sebelum selipar dicipta, diriwayatkan semua manusia pada ketika itu hanya berkaki ayam dan bukan berkaki lembu atau kambing. Menurut sejarah Kreputet ( sejarah mashyur pada zaman tanah melayu) selipar dicipta pada tahun 1711 (tiada siapa yang tahu tarikh sebenar kerana pada masa tu pencatit sejarah tidak menghafal kalendar). Ia dicipta oleh seorang pengayam tikar mengkuang bernama Nizam HR. Semasa selipar di cipta, Nizam HR baru saja mendirikan rumah dan tangga dengan kekasih pujaan hatinya Sharifah Nurhalijah yang pada masa tu bekerja menoreh getah.


Pada suatu hari, seperti hari-hari biasa yang lain, Nizam HR menunggu kepulangan isterinya yang tercinto kat depan pintu rumahnya. Ye la, nak tunggu depan TV, masa tu tak der saper yang kenal. tetapi entah macam mana, hingga ke malam, isterinya Sharifah Nurhalijah tidak pulang- pulang. Resah hati Nizam HR. Bimbang akan isteri kesayangannya itu sesat dalam hutan.


Oleh kerana tidak berpuas hati maka Nizam HR pun pegilah ke ladang getah tempat isterinya bekerja. Setelah sampai di sana, maka menjeritlah Nizam HR memanggil nama isterinya. Puas dia menjerit namun tiada jawapan dari isterinya. Apa yang ada di situ hanyalah 2 keping getah sekerap. Nizam HR risau memikirkan nasib isterinya. mau tak mau, dia mengambil getah sekerap itu lalu dipakaikan ke kakinya kemudian diikat dengan tali rafia. Ini bagi mengelakkan dari kaki beliau tercucuk duri dan sembilu. Setelah letih mencari, barulah Nizam HR pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, beliau terserempak dengan pengurus ladang getah tersebut Mr. Tat.


"Nizam aa,,, lu latang dali mana? Apa lu pakai ? sambil dia menunjuk kat kaki Nizam HR.


"Sharifah ,,, aku cari Sharifah,,, " jawab Nizam HR


Mr. Tat yang ada sedikit 'sound trouble' mengangguk-angguk.


"Ooo,,, salipa,,,,,, " ulang Mr. Tat.


Beberapa tahun kemudian, Mr. Tat membuka sebuah kilang membuat alas kaki daripada getah sekerap yang kemudiannya di beri nama komersil SELIPAR. Ciptaan Nizam HR yang dulunya, di ubah sedikit demi sedikit bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Sampai sekarang anda masih boleh melihat kilang selipar Mr. Tat di Jepun. Nizam HR tidak di ketahui kemana perginya. Namun isterinya di khabarkan telah menjadi seorang penyanyi popular.

emm..cite ni amik ntah kat mane..hhuhuuu..ni ler asal selipar..aiya...

BulEtiN : m3makai s3LipaR k3tika memandU bas Expr3ss..ade-ade je kan?..

JOHOR BAHRU: Biarpun melakukan pemanduan jauh selama tiga hingga empat jam, segelintir pemandu bas ekspres tidak menghiraukan aspek keselamatan apabila lebih selesa memandu memakai selipar tandas.

JOHOR BAHRU: Biarpun melakukan pemanduan jauh selama tiga hingga empat jam, segelintir pemandu bas ekspres tidak menghiraukan aspek keselamatan apabila lebih selesa memandu memakai selipar tandas.


Pegawai Penguat Kuasa Trafik Bukit Aman, Deputi Superinten Tan Kok Tho, berkata ketika pemeriksaan terhadap 13 pemandu bas ekspres di Plaza Tol Skudai, di sini, semalam, lima daripada mereka melakukan kesalahan apabila hanya memakai selipar ketika memandu.


Katanya, memakai selipar ketika memandu amalan berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kaki tergelincir ketika menekan brek mahu pun pedal minyak.


"Ada yang terburu-buru menukar kasut sebelum turun dari bas ketika pemeriksaan dilakukan dan perbuatan mereka terbongkar apabila anggota mendapati mereka sebenarnya memandu dengan memaki selipar tandas saja.


"Selain berbahaya, syarat permit pemanduan kenderaan berat termasuk bas ekspres turut mewajibkan pemandu berpakaian kemas dan memakai kasut," katanya pada sidang media ketika Operasi Trafik Cawangan Bukit Aman terhadap bas ekspres dan kenderaan berat di Plaza Tol Skudai, di sini, malam kelmarin.


Operasi selama dua jam bermula jam 9 malam itu membabitkan pemeriksaan rambang ke atas bas ekspres dan lori yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Muar dan Segamat ke Johor serta Singapura.


Dalam operasi disertai empat pegawai dan 35 anggota itu, saman turut dikeluarkan terhadap tiga pemandu bas ekspres kerana memandu dengan perlahan di lorong kanan selain di atas kesalahan tiada pemandu kedua.

Friday, January 22, 2010

cerita selipar jepun..

Alkisah Tersebutlah Sebuah Negeri Matahari Terbit Bernama Jepun. Jepun Ni Suka
Meniru. Maka Pada Suatu Hari Jepun Dapat Tahu Sebuah Negara Di Eropah Nak Buka
Kilang Selipar Di Sebuah Negara Afrika. Maka Para Peniru Dari Jepun Pun
Datanglah Ke Afrika Nak Tengok Kilang Selipar Itu, Tetapi Nasib Mereka Malang
Kerana Negara Orang Putih Itu Tak Jadi Buka Kilang Kerana Orang Di Afrika Pada
Masa Itu Tak Reti Pakai Selipar Lagi.
Maka Berkatalah Salah Seorang Orang Jepun Itu, “Inilah Peluang Kita... Kita
Bina Kilang Selipar Yang Besar Di Negara Ini”.. Terkejut Beruk Kawannya Yang
Seorang Lagi... “Macam Mana Ni Nak Bina Kilang Selipar Di Negara Yang
Penduduknya Tak Pakai Selipar.”
Sambil Senyum Jepun Itu Menjawab. “Kita Bukan Jual, Tapi Bagi Free. Kita Hadiah
Setiap Seorang Sepasang”..
“Rugilah Kalau Macam Tu... Kita Datang Cari Peluang Berniaga, Buat Untung, Tapi
Kamu Nak Beri Percuma..”..
“Dengar Baik-Baik... Bila Kita Beri Percuma, Semua Orang Akan Pakai Selipar,
Bila Kaki Mereka Dah Biasa Dengan Pakai Selipar, Mereka Pasti Akan Terus
Memakai Selipar... Jadi Kita Kena La Bertimbang Rasa Cikit..Hehehehe……”
Sejak Dari Hari Itu,Selipar Itu Di Kenali Sebagai Selipar Jepun..

Friday, January 8, 2010

Ya atau Tidak

Kita tak nampak persamaan kalau terlalu memandang perbezaan.